Ahad, 8 April 2018


Dalam blog ini, anda akan dijelaskan tentang langkah-langkah penggunaan teknik-teknik dalam alat berfikir CoRT1.
Image result for alat berfikir cort1
Langkah-langkah penggunaan teknik-teknik dalam alat berfikir CoRT1
Image result for alat berfikir cort1

 PMI (Plus, Minus, Interesting)


Dalam Bahasa Malaysia, PMI dimaksudkan baik, buruk dan menarik. Tujuan menggunakan PMI adalah untuk meluaskan fikiran tentang situasi, mengelakkan reaksi beremosi, serta mengembangkan idea. Semasa perbincangan, guru boleh meminta pelajar menyenaraikan semua yang baik (P), menyenaraikan semua yang buruk (M) dan menyenaraikan semua yang menarik (I). Pada akhirnya, guru dan pelajar dapat membuat keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dibincang.

Contoh tajuk perbincangan: Media massa mempengaruhi kehidupan kita

Baik
Buruk
Menarik
Menyampaikan maklumat
Berita palsu
Mengisi masa lapang
Memperluaskan pekerjaan
Memperdaya pengguna
Berkenalan kawan baru
Memasarkan barangan
Gejala negatif
Mempercepatkan pemikiran



 CAF (Consider All Factor)


Dalam Bahasa Malaysia, CAF dimaksudkan ambil kira semua faktor. Tujuan menggunakan CAF adalah untuk meninjau semua aspek situasu dengan lengkap dan menyeluruh. CAF juga dapat mengelakkan terlupa faktor yang penting. Guru perlu meminta pelajar menyenaraikan semua faktor yang berkaitan. Seterusnya, guru harus mempertimbangkan setiap faktor dengan pelajar. Pada akhirnya, keputusan dihasilkan selepas pertimbangan sewajar dibuat.

Contoh tajuk perbincangan: Isu vandalisme didapati semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira:

(i) Sikap negatif keluarga

(ii) pengaruh rakan sebaya

(iii) Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

(iv) Pengaruh media massa



 C&S (Consequence and Sequel)


Dalam Bahasa Malaysia, C&S bermaksud kesan dan akibat. Tujuan C&S adalah untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cdangan dijalankan dan mengamal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut. Guru perlu meminta pelajar untuk memberikan pendapat masing-masing tentang cadangan berkenaan boleh berjaya, risiko yang mungkin dihadapi, kesan serta merta, jangka panjang, dan jangka pendek dan menentukan cadangan berkenaan baik atua tidak.

Contoh tajuk perbincangan: Buku teks dihapuskan di sekolah

(i) Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?

(ii) Apakah risiko yang mungkin dihadapi?

(iii) Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan jangka pendek?

(iv) Adakah cadangan berkenaan baik?



 AGO (Aims, Goals, Objective)


Dalam Bahasa Malaysia, AGO bermaksud tujuan, matlamat dan objektif. AGO bertujuan melatih pelajar berfikir agar pelajar sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai. AGO juga dapat mengelakkan perkara yang tidak berkenaan brlaku. Guru harus meminta pelajar memberikan pendapat tentang AGO rancangan, tindakan terkeluar daripada AGO dan cara memastikan AGO dapat dicapai.

Contoh tajuk perbincangan: Kesihatan yang baik

Apakah AGO seseorang mempunyau kesiatan yang baik?

·         Badan lebih cergas dan bertenaga

·         Memudahkan aktiviti harian

·         Otak menjadi cerdas



 FIP (First Important Priority) 


Dalam Bahasa Malaysia, FIP bermaksud keutamaan. Tujuan FIP adalah untuk pelajar dapat mengambil kira perkara-perkara yang penting dan menentukan prioriti. FIP juga dapat mengelakkan perkara yang tidak patut diutamakan. Guru perlu meminta pelajar memahami tentang perkara-perkara yang penting dan prioriti yang diperlukan tindakan segera.

Contoh tajuk perbincangan: Sifat-sifat guru

(i) Apakah perkara-perkara yang penting?

·         Baik hati

·         Amanah

·         Berdisiplin

·         Penyabar

·         Tegas

(ii) Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?

Penyebar. Seseorang guru yang sabar dapat bertahan dengan pelbagai kerenah serta ragam pelajar.



 APC (Alternatives, Possibilities, Choices)


Dalam Bahasa Malaysia, APC bermaksud alternatif, kemungkinan dan pilihan. Tujuan APC adalah untuk pelajar dapat memikirkan beberapa perkara dengan serentaak dan menentukan pilihan yang terbaik. Ia juga dapat mengelakkan pemikiran sehala sahaja. Guru perlu meminta pelajar memikirkan cara-cra yang berlainan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Seterusnya, guru perlu bersama dengan pelajar untuk menentukan cadangan yang paling baik.

Contoh tajuk perbincangan: Masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar dapat diselesaikan jika pihak sekolah menguatkuasakan undang-undang sekolah.

(i) Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?

Ibu bapa sentiasa memantau pergaulan anak-anak

(ii) Apakah baik buruk cadangan tadi?

Baik: Masa depan anak-anak terjamin

Buruk: Membazirkan masa ibu bapa

(iii) Manakah cadangan yang paling baik?

Pihak sekolah menguatkuaakan undang-undang sekolah



 OPV (Other People's Views)


Dalam Bahasa Malaysia, OPV bermaksud pandangan orang lain. Tujuan OPV adalah untuk memastikan pelajar dapat mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. Ini dapat mengelakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Guru perlu meminta pelajar berfikir tentang idea diri sesuai atau tidak dan juga pandangan orang lain terhadap idea diri.

Contoh tajuk perbincangan: Pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.

Pandangan pelajar: Membazairkan masa

Pandangan guru: Menambah pengetahuan dan pengalaman

Pandangan ibu bapa: Mengisi masa lapang