Dalam blog ini, anda akan dijelaskan tentang langkah-langkah
penggunaan teknik-teknik dalam alat berfikir CoRT1.
Langkah-langkah
penggunaan teknik-teknik dalam alat berfikir CoRT1
PMI (Plus, Minus, Interesting)
Dalam Bahasa Malaysia, PMI dimaksudkan baik, buruk dan
menarik. Tujuan menggunakan PMI adalah untuk meluaskan fikiran tentang situasi,
mengelakkan reaksi beremosi, serta mengembangkan idea. Semasa perbincangan,
guru boleh meminta pelajar menyenaraikan semua yang baik (P), menyenaraikan
semua yang buruk (M) dan menyenaraikan semua yang menarik (I). Pada akhirnya,
guru dan pelajar dapat membuat keputusan atau penilaian tentang tajuk yang
dibincang.
Contoh tajuk perbincangan: Media massa mempengaruhi kehidupan
kita
Baik
|
Buruk
|
Menarik
|
Menyampaikan
maklumat
|
Berita palsu
|
Mengisi masa
lapang
|
Memperluaskan
pekerjaan
|
Memperdaya
pengguna
|
Berkenalan
kawan baru
|
Memasarkan
barangan
|
Gejala
negatif
|
Mempercepatkan
pemikiran
|
CAF (Consider All Factor)
Dalam Bahasa Malaysia, CAF dimaksudkan ambil kira semua
faktor. Tujuan menggunakan CAF adalah untuk meninjau semua aspek situasu dengan
lengkap dan menyeluruh. CAF juga dapat mengelakkan terlupa faktor yang penting.
Guru perlu meminta pelajar menyenaraikan semua faktor yang berkaitan.
Seterusnya, guru harus mempertimbangkan setiap faktor dengan pelajar. Pada
akhirnya, keputusan dihasilkan selepas pertimbangan sewajar dibuat.
Contoh tajuk perbincangan: Isu vandalisme didapati
semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira:
(i) Sikap negatif keluarga
(ii) pengaruh rakan sebaya
(iii) Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
(iv) Pengaruh media massa
C&S
(Consequence and Sequel)
Dalam Bahasa Malaysia, C&S bermaksud kesan dan
akibat. Tujuan C&S adalah untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas
sesuatu cdangan dijalankan dan mengamal kesan dan akibat bagi keputusan
tersebut. Guru perlu meminta pelajar untuk memberikan pendapat masing-masing
tentang cadangan berkenaan boleh berjaya, risiko yang mungkin dihadapi, kesan
serta merta, jangka panjang, dan jangka pendek dan menentukan cadangan
berkenaan baik atua tidak.
Contoh tajuk perbincangan: Buku teks dihapuskan di
sekolah
(i) Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
(ii) Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
(iii) Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan jangka
pendek?
(iv) Adakah cadangan berkenaan baik?
AGO (Aims, Goals, Objective)
Dalam Bahasa Malaysia, AGO bermaksud tujuan, matlamat dan
objektif. AGO bertujuan melatih pelajar berfikir agar pelajar sentiasa
menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai. AGO juga dapat
mengelakkan perkara yang tidak berkenaan brlaku. Guru harus meminta pelajar
memberikan pendapat tentang AGO rancangan, tindakan terkeluar daripada AGO dan
cara memastikan AGO dapat dicapai.
Contoh tajuk perbincangan: Kesihatan yang baik
Apakah AGO seseorang mempunyau kesiatan yang baik?
·
Badan
lebih cergas dan bertenaga
·
Memudahkan
aktiviti harian
·
Otak
menjadi cerdas
FIP (First Important Priority)
Dalam Bahasa Malaysia, FIP bermaksud keutamaan. Tujuan
FIP adalah untuk pelajar dapat mengambil kira perkara-perkara yang penting dan
menentukan prioriti. FIP juga dapat mengelakkan perkara yang tidak patut
diutamakan. Guru perlu meminta pelajar memahami tentang perkara-perkara yang
penting dan prioriti yang diperlukan tindakan segera.
Contoh tajuk perbincangan: Sifat-sifat guru
(i) Apakah perkara-perkara yang penting?
·
Baik
hati
·
Amanah
·
Berdisiplin
·
Penyabar
·
Tegas
(ii) Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Penyebar. Seseorang guru yang sabar dapat bertahan dengan
pelbagai kerenah serta ragam pelajar.
APC (Alternatives, Possibilities, Choices)
Dalam Bahasa Malaysia, APC bermaksud alternatif,
kemungkinan dan pilihan. Tujuan APC adalah untuk pelajar dapat memikirkan
beberapa perkara dengan serentaak dan menentukan pilihan yang terbaik. Ia juga
dapat mengelakkan pemikiran sehala sahaja. Guru perlu meminta pelajar
memikirkan cara-cra yang berlainan untuk menyelesaikan masalah tertentu.
Seterusnya, guru perlu bersama dengan pelajar untuk menentukan cadangan yang
paling baik.
Contoh tajuk perbincangan: Masalah ponteng sekolah di
kalangan pelajar dapat diselesaikan jika pihak sekolah menguatkuasakan
undang-undang sekolah.
(i) Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan
masalah ini?
Ibu bapa sentiasa memantau pergaulan anak-anak
(ii) Apakah baik buruk cadangan tadi?
Baik: Masa depan anak-anak terjamin
Buruk: Membazirkan masa ibu bapa
(iii) Manakah cadangan yang paling baik?
Pihak sekolah menguatkuaakan undang-undang sekolah
OPV (Other People's Views)
Dalam
Bahasa Malaysia, OPV bermaksud pandangan orang lain. Tujuan OPV adalah untuk
memastikan pelajar dapat mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat
keputusan. Ini dapat mengelakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan
diri. Guru perlu meminta pelajar berfikir tentang idea diri sesuai atau tidak
dan juga pandangan orang lain terhadap idea diri.
Contoh
tajuk perbincangan: Pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
Pandangan
pelajar: Membazairkan masa
Pandangan
guru: Menambah pengetahuan dan pengalaman
Pandangan
ibu bapa: Mengisi masa lapang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan